Hi.semua. Saya rasa sudah lama sangat ye saya tidak berbual dgn kamu semua!!Maklumlah, pada masa itu, peperiksaan akhir tahun sudah nak tiba, jadi kenalah fokus pada pelajaran bukan?? Baiklah, seperti biasa saya akan menceritakan untuk kamubuku apa yang saya baca. Hari ini saya sudahpun menghabiskan satu buah buku yang agak tebal. Tajuknya berjudul "Mengapa Aku Jadi Pengetua?". Kalau kamu semua mahu tahu, buku ini ada sambungannya.
Sinopsis:
Novel yang mengisahkan cabaran yang dihadapi oleh Izaz Noraini, seorang pengetua muda di sebuah kolej swasta. Izaz terpaksa menjadi pengetua di kolej tersebut kerana itu adalah amanah kakak iparnya. Pelbagai masalah yang terpaksa Izaz harungi. Antaranya ialah menjadi buah mulut orang lain. Dia juga terpaksa mengharungi pelbagai cabaran kerana kehilangan abangnya yang melarikan diri. Tetapi akhirnya, Izaz berjaya menjadi seorang pengetua muda yang berjaya dalam kariernya.
Novel karya Kusyi Hirdan terbitan PTS One Sdn. Bhd. ini mengandungi 336 halaman dan mempunyai pelbagai pengajaran yang boleh diteladani. Kita haruslah sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Janganlah mudah berputus asa dan mengaku kalah jika tidak mencuba sesuatu itu dulu. Kita juga haruslah berpegang kepada amanah yang diberikan kepada kita.
Buku ini menarik dengan gaya penulisannya yang tidak terlampau rumit untuk difahami.
Syarikat:PTS ONE S.D.N. B.H.D.
Penulis:Kusyi Hirdan

welcome to my blog. I would love to receive your comments!
If you wish to be updated on new content, new books and so on, do subscribe to my to my blog.
Thanks for visiting!
Friday, October 30, 2009
STORY BOOK-MENGAPA AKU JADI PENGETUA
Labels: Buku Cerita Bahasa MelayuWednesday, October 14, 2009
My New Born Sister
Hi everyone,
I've been waiting for so long to get this pictures of my little sister to be posted here. Got some problem to transfer those pic from my mom's PDA phone. Hmm finally i got it. Let's jamu mata seeing this little cute baby. Her name is Nur Syahirah Amili Binti Zol Kahar. She was born on merdeka day morning, yes! 31/8. According to my mom, Nur means Cahaya, Syahirah - terkenal/termasyhur & Amili - melakukan perkara yang betul. Susah jugak ye nak pilih nama baby , kena cari nama yang ada makna yang baik2. Anyway, jangan lah ada cikgu2 yang marah2 pulak sebab kena tulis nama anak murid yang panjang nih!..hahahahha..betul tak cikguuu?
Ok, here is Amili.....




Thursday, September 24, 2009
STORY BOOK-TEMPAT KE2?
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hi semua. Nampaknya hari ini saya ada dua buku yang saya kongsikan kepada kamu semua. Buku ini juga dibeli di "Popular Bookstore" at "Jusco Puchong". Pada pendapat saya, buku ini amat best untuk dibaca. Ia berkaitan dengan dua beradik kembar yang bernama "Alisa" si kakak dan "Alina" si adik. Ikutilah separuh daripada kisah di dalam buku ini.
Sinopsis:
Kisah si kembar, Alisa dan Alina yang selalu bergaduh. Mereka adalah kembar seiras tetapi mempunyai perangai serta minat yang berbeza. Alisa sebagai kakak tidak pernah beralah apabila mereka bergaduh. Pelbagai perkara yang mereka lalui, tetapi tidak ada satu pun yang menyedarkan mereka. Mereka selalu berlumba bagi mendapat tempat pertama. Tetapi salah seorang daripada mereka sentiasa kalah. Siapa yang selalu kalah? Alisa ataupun Alina?
Kalau nak tahu lagi, jomlah beli di kedai buku yang berdekatan.
Penulis:Natasha Eppyzal
Syarikat:PTS ONE SDN BHD
Wednesday, September 23, 2009
STORY BOOK-SATU ANUGERAH
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hai semua. Hari ini saya nak kongsi buku yang saya sudah baca. Tajuk bukunya berjudul "Satu Anugerah". Buku ini saya beli bersama adik-adik dan bapa saya di "Popular Bookstore" di "Jusco" Puchong. Saya amat kagum dengan penulis yang mebulis buku ini kerana bukan saya sahaja yang baca buku ini malah adik saya dan juga mama saya pun turut baca juga.
Sinopsis:
Sukarnya menjadi anak terbuang, sering dikata dan difitnah. Siapakah kedua ibu bapa kandungnya yang sebenar? Adam bertanya pada dirinya sendiri.
Tiada siapa yang menduga, tiada siapa yang boleh meramalkannya. Setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya.
Adakah benar dia seorang anak yang tidak sah taraf? Ah... betapa payahnya menerima kenyataan ini. Namun dia tetap bersyukur kerana masih ada insan yang sudi memberi kasih sayang kepadanya. Adam terhutang budi kepada kedua insan tersebut. Dia bertekad untuk membalas jasa mereka tapi sempatkah dia menyempurnakan hasratnya itu?
Siapakah diri Adam yang sebenarnya?
Penulis:Syima Syawal
Syarikat:KarnaDya readmore »»Thursday, September 17, 2009
STORY BOOK-HI KITTI
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hai semua, sebelum raya pada Ahad ini iaitu pada 20.9.2009, saya nak kongsi satu buku yang saya sudah habis baca iaitu buku "Hai Kitti". Buku Hi Kitti ini saya sangat suka kerana kalau kamu semua tengok muka depan ini pun saya dah tahu bahawa cerita di dalam ini mengandungi cerita yang sangat best.
Sinopsis:
FATIHAH seorang kanak-kanak cerdik dan periang telah berubah menjadi nakal, tidak mendengar kata dan suka memberontak. Ini sebagai tanda protes kerana tidak bersetuju dengan perkahwinan mamanya. Dia sangat membenci Cikgu Helmi yang menjadi papa tirinya dan juga anak lelakinya, Aiman. Bagi Fatihah, mereka berdua telah merampas kasih sayang mama daripadanya.
Namun kehadiran Kitti yang ditemui secara tidak sengaja telah mengubah sikap dan juga pendirian Fatihah. Dia mula dapat menerima Aiman dan juga Cikgu Helmi di dalam hidupnya. Dalam tidak sedar, Kitti banyak menyedarkan Fatihah tentang kasih sayang sesama insan. Malah Kitti jugalah yang menjadi sumber inspirasi Fatihah untuk lebih maju dalam pelajaran.
Kitti... kucing comel yang sangat istimewa. Tapi sayang, kehadirannya tidak disenangi oleh mama. Lalu apakah yang harus Fatihah lakukan? Bagaimana dengan nasib Kitti selepas itu? Untuk mengetahui kisah seterusnya... jangan lupa baca "HAI KITTI"ok?
Penulis:Nanie Safwan
Syarikat:KarnaDya
readmore »»









