Follow // Dashboard
What Makes You Beautiful
STORY BOOK- NAMA SAYA MILO
Saturday, June 27, 2009 • 6:20 PM • 0 comments

Hi semua. Dah lama kita tak jumpa. Kali ni saya nak kongsi satu lagi buku cerita. Dalam buku ni ada cerita/part yang kelakar sampai nak tergelak saya dibuatnya.gelakgulinggelakguling

Sinopsis:

"Isy, nama kamu Milo?”

Kisah Milia seorang pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Ehsan. Dia seorang yang pendiam dan kadangkala kehadirannya tidak disedari oleh rakan-rakan. Personalitinya yang kurang menarik juga menyebabkannya tidak ramai kawan. Ditambah lagi Milia mempunyai kelemahan iaitu terlalu gementar untuk berhadapan dengan orang ramai.

Sesuatu telah terjadi di sekolahnya, akibat perasaan gelabah yang datang mendadak dan ini telah membuatkan ramai rakan-rakannya mempersendakannya. Hanya Finda dan Alif telah memberi semangat buat dirinya itu. Pun begitu, Milia mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada orang lain. Keistimewaan Milia mula terserlah setelah kematian ayahnya, seorang pegawai polis bahagian siasatan. Gadis itu berjaya menyelesaikan beberapa kes yang terjadi di sekolah.

Namun, adakah kejayaan itu berjaya membuka pintu hati Detektif Rahman untuk menerima Milia sebagai penyiasat dalam agensinya?

Penerbit:Nora Isa

Syarikat:KarnaDya Sdn. Bhd.

Harga: RM 10.90

Labels:


xoxo, Mrs. Zayn Malik





One Direction - One Thing♥

Tweet Tweet <3