Follow // Dashboard
What Makes You Beautiful
STORY BOOK - PINTU CAHAYA
Sunday, June 28, 2009 • 10:36 AM • 0 comments


Ini adalah sebuah buku yang bertajuk "Pengembaraan Fantasi". Buku ini ada banyak siri. Salah satu buku yang saya dah baca adalah buku ini. Pada pendapat saya, buku ini bagus juga untuk kita semua membaca.

Sinopsis:

“Ada masalah di sekolahkah?” Deego bertanya.

“Mira,” jawab Adlan, ringkas.

Deego memandang Adlan penuh kehairanan. Sejak bila pula Adlan pandai fikirkan tentang perempuan? Bisik hatinya.

Nadia tersenyum melihat mereka yang nyata keberatan untuk minum air yang dihidangkan. “Minumlah. Jangan takut, air ini tidak akan mengubah kamu menjadi katak,” ujarnya sambil ketawa.

“Adlan, lakukan sesuatu,” pinta Deego.

Adlan menggeleng. “Awak tahu ilmu sihir Dani terlalu kuat buat saya,” jawabnya.

“Tapi kita harus lakukan sesuatu. Jika tidak, mereka semua akan mati,” desak Deego.

Adlan terdiam seketika, dan kemudiannya memandang Mira. “Sekarang ini, hanya Mira yang boleh menyelamatkan kita semua,” ujarnya.

Penerbit:Dlyn Azmi
Syarikat:KarnaDya

Harga: RM 10.90

Labels:


xoxo, Mrs. Zayn Malik





One Direction - One Thing♥

Tweet Tweet <3