Follow // Dashboard
What Makes You Beautiful
STORY BOOK-AKU MAHU BULI
Sunday, July 19, 2009 • 3:48 PM • 0 comments

Semalam saya baru je habiskan buku ini iaitu "Aku Mahu Buli". Buku ini pun best juga.Cerita berkenaan seorang budak yang bernama"Mimi Minora" yang ingin membalas dendam kepada ahli "Wannabes". Perangai ahli Wannabes macam setan. Kalau nak tahu kisah selanjutnya, anda kenalah baca sinopsis di bawah ini dan beli buku ini.

Sinopsis:

Aku Mahu Buli mengisahkan nasib seorang pelajar baru bernama Mimi Monira yang baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Sri Bangsar. Mimi Monira tidak tahu mengenai kewujudan sekumpulan pelajar yang berpengaruh dalam sekolah itu yang juga dikenali sebagai Kumpulan The Wannababes.

Tiada pelajar yang berani duduk di meja khas untuk kumpulan itu. Oleh kerana tidak tahu, Mimi telah duduk makan di situ secara tidak sengaja lalu mengundang kemarahan ahli kumpulan itu. Kesalahan Mimi menyebut nama kumpulan itu membuatkan mereka naik angin dan bertekad melancarkan rancangan bagi membuli Mimi Monira.


Badan Mimi yang agak gemuk menyebabkan Mimi dipanggil badak air. Apakah rancangan The Wannababes dan berjayakah Mimi Monira menghadapi mereka? Nak tahu kisah selanjutnya, kenalah beli buku ini dan baca.

Penerbit:Ain Maisarah

Syarikat:PTS SDN BHD

Labels:


xoxo, Mrs. Zayn Malik





One Direction - One Thing♥

Tweet Tweet <3