
Ini ada satu lagi buku yang saya sudah lama saya habiskan buku cerita ini. Buku ini berkenaan seorang budak yang bernama "Ismah".
Sinopsis:
Ismah yang dibesarkan oleh neneknya terpaksa tinggal semula dengan ibu dan bapanya selepas kematian nenek yang disayangi. Malangnya kehadirannya tidak dapat diterima oleh adiknya.
Adiknya, Iffah merasakan Ismah akan menyebabkan kasih sayang ibu bapanya akan beralih arah. Bermacam-macam cara yang dibuat oleh Iffah supaya Ismah dibenci oleh keluarga dan kawan-kawannya di sekolah. Ismah mempunyai sebuah kotak rahsia peninggalan neneknya. Hanya barang-barang dalam kotak itu yang menjadi kenangan Ismah kepada neneknya. Dapatkah Ismah berbaik semula dengan Iffah? Ketahuilah kisah selanjutnya dalam Kotak Rahsia Ismah....
Pengarang:Anna Raihana
Syarikat:PTS SDN BHD
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu