Follow // Dashboard
What Makes You Beautiful
STORY BOOK-DUA DUNIA
Tuesday, August 18, 2009 • 1:18 PM • 0 comments

Hai semua. Sudah lama saya tak kongsi buku cerita dengan kamu. Ini ada satu lagi buku cerita yang ingin dikongsi bersama kamu iaitu "Dua Dunia". Buku ini mengisahkan seorang pelajar tingkatan yang suka berangan.

Sinopsis:

"Dunia penulisan sesuatu yang istimewa. Terima kasih kerana membawa saya bersama. Teruskan berkarya." - Amy Mastura

Indahnya hidup ini sekiranya kita dapat apa yang kita impikan. Yazmin hendak buka salun. Tetapi dia minat juga hendak jadi doktor bedah. Jadi saintis pun seronok juga. Ataupun buka 'nursery' di depan rumah. Apa perasaan sekiranya terpilih jadi ratu cantik dunia? Dapat juga berbakti pada anak-anak yatim dan orang kurang upaya. Tentu hebat! Aman dunia! Tiba-tiba ada seorang lelaki kacak yang hadir dalam hidup Yazmin. Dia bukan putera katak cuma guru biasa. Namun, Yazmin bahagia dengan kehadirannya. Yazmin, bila hendak berhenti berangan! Kalau kamu semua nak tahu lebih lanjut mengenai kisah ini, anda kenalah beli buku ini dan baca.

Penulis:Majidah Mat Jusoh

Syarikat:PTS ONE SDN BHD


Labels:


xoxo, Mrs. Zayn Malik





One Direction - One Thing♥

Tweet Tweet <3