Follow // Dashboard
What Makes You Beautiful
STORY BOOK-HI KITTI
Thursday, September 17, 2009 • 11:01 PM • 0 comments

Hai semua, sebelum raya pada Ahad ini iaitu pada 20.9.2009, saya nak kongsi satu buku yang saya sudah habis baca iaitu buku "Hai Kitti". Buku Hi Kitti ini saya sangat suka kerana kalau kamu semua tengok muka depan ini pun saya dah tahu bahawa cerita di dalam ini mengandungi cerita yang sangat best.

Sinopsis:

FATIHAH seorang kanak-kanak cerdik dan periang telah berubah menjadi nakal, tidak mendengar kata dan suka memberontak. Ini sebagai tanda protes kerana tidak bersetuju dengan perkahwinan mamanya. Dia sangat membenci Cikgu Helmi yang menjadi papa tirinya dan juga anak lelakinya, Aiman. Bagi Fatihah, mereka berdua telah merampas kasih sayang mama daripadanya.

Namun kehadiran Kitti yang ditemui secara tidak sengaja telah mengubah sikap dan juga pendirian Fatihah. Dia mula dapat menerima Aiman dan juga Cikgu Helmi di dalam hidupnya. Dalam tidak sedar, Kitti banyak menyedarkan Fatihah tentang kasih sayang sesama insan. Malah Kitti jugalah yang menjadi sumber inspirasi Fatihah untuk lebih maju dalam pelajaran.

Kitti... kucing comel yang sangat istimewa. Tapi sayang, kehadirannya tidak disenangi oleh mama. Lalu apakah yang harus Fatihah lakukan? Bagaimana dengan nasib Kitti selepas itu? Untuk mengetahui kisah seterusnya... jangan lupa baca "HAI KITTI"ok?

Penulis:Nanie Safwan

Syarikat:KarnaDya


Labels:


xoxo, Mrs. Zayn Malik





One Direction - One Thing♥

Tweet Tweet <3