Follow // Dashboard
What Makes You Beautiful
STORY BOOK-AKU DIA DAN COKLAT
Friday, November 13, 2009 • 1:13 PM • 0 comments

Hai semua. Sudah agak lama ye saya tidak menjenguk blog ini dan mengedit blog ini. Maklumlah sibuk dengan urusan sekolah pagi dan agama. Baiklah, hari ini saya nak tunjukkan satu buah buku yang saya baru habis baca iaitu " Aku Dia Dan Coklat". Buku ini menarik juga bagi saya dan ianya ada maklumat berkenaan "Coklat".

Sinopsis:

Kata Puteri Rania, coklat itu menggemukkan! Nasihat Khadijah, kalau mahu badan cantik jangan makan coklat.Tapi bagi Zaza, bukankah coklat itu lambang cinta! Coklat itu ubat untuk awet muda.

Sang jejaka idaman, Si Fariz hadir di kolej menjadi jejaka pujaan ramai. Zaza jatuh cinta!
Sanggupkah Zaza makan hanya dua sudu nasi dan mengunyah tomata atau epal setiap hari semata-mata untuk Fariz? Bukankah selama ini Zaza makan coklat hingga lima kali sendawa!

Hatinya mahu coklat! Tapi jiwanya mahu memiliki Fariz. Maliz dan Asyikin, racun dalam hidup Zaza, tiba-tiba merancang sesuatu. Hidup Zaza bagai di neraka seketika. Siapa menang dalam pertarungan merebut perhatian Fariz? Apa terjadi apabila Zaza terbaca komen dan catatan di blog ibu Fariz, Puan Faridah?

Antara coklat dan Fariz, yang mana raja di hati Zaza?

Syarikat:PTS ONE SDN BHD

Penulis:Lily Haslina Nasir

Labels:


xoxo, Mrs. Zayn Malik





One Direction - One Thing♥

Tweet Tweet <3