Follow // Dashboard
What Makes You Beautiful
SEIN DAN NANA JUARA SEHATI BERDANSA 3
Sunday, December 27, 2009 • 10:35 AM • 0 comments

Sein dan Nana Sehati Berdansa 3

Program realiti Sehati Berdansa untuk musim ke-3 sudahpun melabuhkan tirainya dan rasanya korang pun sudah mengetahui pasangan manakah yang bergelar juara kan. Itupun kalau anda semua tengok TV la. Haha... Dengan itu, saya mengucapkan tahniah kepada pasangan Sein dan Nana kerana telah merangkul gelaran juara menewaskan pasangan favourite musim ini siapa lagi kalau bukan Sazzy dan Nazril!

Dengan kemenangan ini, Sein & Nana telah berjaya menyumbang RM20,000 kepada badan kebajikan yang mereka wakili disamping membawa pulang sebuah kereta Audi A4 yang bernilai lebih RM200,000 berserta pakej bulan madu ke Rome.Wau!!!bestnya!!

Pasangan Sazzy dan Nazril yang menduduki tempat kedua pula telah berjaya menyumbang sebanyak RM15,000 kepada badan kebajikan yang mereka wakili dan sebagai naib juara mereka menerima hadiah berupa pakej percutian ke Australia.

Sekali lagi, tahniah kami ucapkan kepada Sein & Nana diatas kemenangan ini. Kepada Sazzy dan Nazril pula, jangan sedih-sedih yer. Biasalah adat pertandingan, mesti ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau semua menang, bukan pertandingan la namanya. Huhu..

Apa-apa pun, tahniah juga kami ucapkan kepada semua pasangan kerana telah berjaya memberikan sumbangan kepada badan-badan kebajikan yang diwakili. Semoga niat anda untuk membantu badan kebajikan yang anda wakili adalah ikhlas.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut:http://www.zonartis.com/sein-nana-juara-sehati-berdansa-3-tahniah/


xoxo, Mrs. Zayn Malik





One Direction - One Thing♥

Tweet Tweet <3