Hi semua. Saya ada satu buku lagi yang ingin saya kongsikan bersama kamu semua. Buku ini bertajuk "Don't Gett Of At The 13th Floor!" and "My Shoes Have Gone Nuts". Buku ini juga mengandungi dua cerita dalam satu buku. Buku ini adalah siri yang ke7 dalam buku "Mr. Midnight". Sinopsis:
Turn off your lights, get ready for frights! When the clock strikes midnight and the moon's full and bright, it's time for dread and fear. For Mr. Midnight is here with two stories, double the danger and twice the terror! STORY #1: DON'T GET OFF AT THE 13th FLOOR! Natasha, her brother and friends are trapped in a mysterious world on the 13th floor. Can they escape from their hideous captors! STORY #2: Ho Kit's new shoes can make him walk up walls. He has fallen under the power of an evil enemy and not even his friends can save him. Don't miss a page of the screams and excitement in MY SHOES HAVE GONE NUTS!
Author:James Lee
Publishing:MPH
Labels: English Story Book
Hai semua. Hari ini saya nak kongsi beberapa buku berbahasa english. Buku itu bertajuk "The Demon Dentist & Who Stole The Zoo?". Buku ini mempunyai dua cerita. Pertama adalah The Demon Dentist. Kedu pula adalah Who Stole The Zoo? Buku ini adalah siri yang ke 8 dalam buku "Mr.Midnight".Sinopsis:
Turn off your lights, get ready for frights! When the clock strikes midnight and the moon's full and bright, it's time for dread and fear. For Mr. Midnight is here with two stories, double the danger and twice the terror! STORY #1: After Yi Shuo and his friends visit the school dentist, strange voices come out of their mouths. What has the mysterious Dr Dredd, THE DEMON DENTIST, done to them? STORY #2: When Nicholas Liao goes to the zoo, he discovers that all the animals have vanished and an evil phantom has taken over. You'll be screaming on every page of WHO STOLE THE ZOO? If you want to know about this book, you can buy and read it.
Author: James Lee
Publishing:MPH
Labels: English Story Book
Hi semua. Hari ini saya nak kongsi satu buku yang mempunyai banyak siri, iaitu buku "Dunia Sains Aiman". Buku "Dunia Sains Aiman" mempunyai banyak siri. Saya sudahpun baca salah satu buku dari siri ini iaitu buku "Kereta Solar". Buku ini adalah siri yang terakhir dalam buku "Dunia Sains Aiman". Bagi saya, buku ini sesuai dibaca oleh peringkat murid-murid, pelajar dan dewasa kerana buku ini mempunyai serba sedikit pengetahuan mengenai sains.Sinopsis:
Aiman, seorang pelajar sekolah rendah yang pintar dan suka membuat eksperimen sains. Hampir keseluruhan kehidupan sehariannya dikaitkan dengan sains. Dalam buku ini, Aiman mencipta kereta berasaskan tenaga solar dalam usahanya menyertai minggu sains di sekolahnya. Malangnya, ada pelajar yang mahu menggugat usahanya itu.
Aiman bersama pengetahuan sainsnya terus berusaha bagi memastikan usahanya terus berjaya. Kalau anda nak tahu lagi berkenaan dengan buku ini, anda boleh beli dan baca.
Penulis:Umi Kauthar Abdul Razak
Syarikat:PTS ONE SDN BHD


Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.
KELEBIHA KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala.
KHASIAT KURMA
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria
| Kandungan Kurma Kering | % |
| Gula | Lebih 50 |
| Protein | Lebih 2 |
| Lemak | Lebih 2 |
| Sumber Mineral | Lebih 2 |
Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.
Kurma Mencegah Serangan Stroke
• Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya. Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan energi atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan. Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan energi yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma
mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan stroke.
Cukup Lima Butir Sehari..!
* Dari penelitian terhadap pola makanan yang dilakukan terhadap 859 orang lelaki dan wanita berusia di atas 50 tahun di California Utara, AS, diketahui, perbezaan kecil konsentrasi kalium pada pola makanan dapat memprediksi mereka yang dijangkakan berpeluang meninggal akibat stroke 12 tahun kemudian. Tak ada seorang pun yang sukatan kaliumnya paling tinggi (lebih dari 3.500 mg setiap hari) meninggal akibat stroke. Sebaliknya, orang yang secara teratur engonsumsi kalium paling rendah (kurang dari 1.950 mg setiap hari) mempunyai risiko stroke fatal jauh lebih
tinggi dibandingkan dengan yang lain. Di antara mereka yang konsumsi kaliumnya paling Rendah, harapan meninggal akibat stroke 2,6 kali pada lelaki dan 4,8 kali pada wanita. Makin banyak makanan kaya kalium yang dikonsumsi biasanya makin kecil kemungkinan orang menderita stroke. Para penyelidik merumuskan dengan hanya makan satu jenis ekstra makanan kaya kalium (minimal 400 mg setiap hari) risiko fatal boleh diturunkan sampai 40%. Tahap 400 mg kalium itu mudah sekali Anda penuhi dengan makan kurma kering sekitar 65 g saja, atau
setara dengan lima butir kurma. Makanan tinggi kalium, menurut Dr. Louis Tobian, Jr., pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, juga dapat membantu menurunkan tekanan
darah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung, sebagaimana kondisi tekanan darah seseorang. Untuk membuktikan hal itu, Dr. Tobian melakukan eksperimen pada dua kelompok tikus yang terkena hipertensi. Satu kelompok tikus diberi diet tinggi kalium dan kelompok lain diet kalium normal. Hasilnya amat luar biasa. Diantara kelompok tikus yang mendapat kandungan kalium tinggi, tak satu pun mengalami
perdarahan otak. Sementara 40% pada kelompok tikus yang mendapat kalium normal menderita stroke ringan yang dibuktikan dengan adanya perdarahan otak.
Dari hasil penelitian itu, Dr Tobian membuat kesimpulan, konsumsi ekstra kalium dapat menjaga dinding arteri tetap elastik dan berfungsi normal. Keadaan ini membuat pembuluh darah tidak mudah rusak akibat tekanan darah. Jadi jelas, kurma yang secara tradisional disajikan sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa di Bulan Ramadhan, bukan makanan pembuka yang
biasa. Diam-diam ia menyimpan senjata potensial antistroke dan antiserangan jantung. Meskipun demikian, untuk memastikan nampak positif kurma, agaknya masih perlu dibuktikan lebih lanjut melalui penelitian.
Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer
* Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin. Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering juga kaya dgn kalium kerana ia juga mengandung salisilat.
orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma.
Di pihak lain , para pakar tergugah rasa ingin tahu terhadap perkembangan bahwa salisilat pada makanan boleh memberikan prestasi yang sama dengan minum aspirin. Memang, ada kaijan yang membuktikan, aspirin regular dose rendah (kurang atau separuh dose yang biasa diminum per hari) sanggup membantu mencegah serangan jantung atau stroke.
Berdasarkan hal itu, para pakar mengharapkan, dose rendah salisilat dalam makanan yang dikonsumsi boleh juga meredakan sakit kepala.
Komposisi Gizi
* Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka
produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap.
Di negera Arab kurma mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.
Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembek dan mentah) hingga sekitar 70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari)
Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).
Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.
Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.
Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.
Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan, sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.
Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang secara mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.
Labels: knowledge
Pada 31 Ogos 1957, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, melaungkan perkataan, Merdeka! Merdeka! Merdeka! di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Itulah permulaannya sambutan hari kemerdekaan Malaysia.
Hari kebangsaan negara ini disambut di seluruh negara Malaysia setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas dari belenggu penjajah British sejak 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putra Jaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia,
Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti di Malaysia.

Labels: knowledge
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Perpustakaan Negara Malaysia telah di tubuhkan pada tahun 1966 sebagai sebuah unit di bawah Arkib Negara yang berperanan melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966 dan penerbitan Bibliografi Negara Malaysia. Akta tersebut telah digantikan dengan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986. Akta ini mewajibkan semua penerbit menyerahkan 5 naskah bahan cetak dan 2 naskah bahan bukan cetak kepada Perpustakaan Negara Negara.
Pada 1 September 1972 Akta Perpustakaan Negara 1972 (Akta 80) telah di luluskan dan dalam tahun 1977 Perpustakaan Negara Malaysia telah dijadikan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Persekutuan dengan perlantikan Ketua Pengarah sendiri. Akta ini telah dipinda dalam tahun 1987 selaras dengan perkembangan perpustakaan. Sejak itu, Perpustakaan Negara Malaysia terus mengorak langkah dan telah berkembang dengan pesatnya
Mulai 4 Mei 2006, Perpustakaan Negara Malaysia secara rasmi telah di letakkan sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kebudyaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Kalau nak tahu lebih lanjut anda boleh click di sini>http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php
Labels: knowledge
The great Malay festival is preceded by Ramadan, the month of fasting and the ninth moon of the Muslim year. During this month, all Muslims refrain from food and drink from sunrise to sunset. Only the sick and ailing or those on a long journey are excused.
The evening just before the month of Ramadan is to begin, a unique rite takes place. Muslim religious officials gather at vantage points throught the country to sight the moon. The sighting is important to determine the accurate day for Muslims to begin fasting.
Puasa or fasting is a practice tought from childhood. It teaches the person to be patient, to be aware of human suffering and to dissolve enmity. By fasting, Muslims help to strenghten their characters. They learn to control themselves by not eating or drinking and they also learn how the poor suffer when they cannot afford enough food. A typical day of fasting begins with the sahur (late supper). The morning prayer, subur, follows shortly and puasa commences. Throughout the month, Muslims do not eat or drink from the moment the sun is first seen in the morning until after the sun has set. He manifests his faith by maintaining spiritual discipline in thoughts, words and deeds. In the evening when the call of Azan Maghrib (evening prayers) reverberates throught the country, the devout Muslims praises Allah for the inner strength and perserverance rendered during the day before the fast is broken.
Observing the fast is one of the most important pillars of the Islamic faith. During Ramadan, Al-Quran reading competitions are held to strenghten the love of the scriptures. A grand international Quran reading competition is held in Kuala Lumpur with participants coming from Brunei, Indonesia, Thailand and the Arabic In villages, towns and cities all over the country, the Muslim community eagerly awaits the dawn of Hari Raya Aidilfitri. The womenfolk buzz about with chores of cake-making and house-cleaning. The Armed Forces Family Affairs Association (BAKAT) busily packs cakes and greeting cards to be sent to soldiers on duty away from home during this auspicious period. It is an act of love and concern, remembering them and appreciating them for their services in preserving the security in the country.nations.
The last period of puasa, seven days before Hari Raya (Malam Tujuh Liku) is believed to be a time when the angel Gabriel (Malaikat Gibrail visits the homes of pious Muslims. Little oil lamps are placed around the house as a symbol of welcome to the angel Gabriel. Indeed they are a preety sight as they flicker and dance in the darkness. This week is also a time for more fervent prayers and ardent reading of the Quran.
Determining the actual day Hari Raya Aidilfitri fall is a serious affair. The sighting of the new moon of Syawal is done on the last day of Ramadan. As soon as the moon is sighted, the fasting month of Ramadan ands and Syawal, the tenth moon, begins. Although Hari Raya starts at night (the Muslim day starts when the sun has set), the celebrations do not begin until the following dawn.
Hari Raya is also a time to remember the less fortunate. Before the dawn of the Hari Raya celebrations, Muslims pay tithes (fitrah) to the chief of the mosque. This would be used to help the poor, the needy and orphans that they too might be able to enjoy the Hari Raya season.
On the morning of Hari Raya, the menfolk go for prayers at the mosque while the women stay behind to prepare for visitors. Later the family has a grand breakfast together. Children will ask for forgiveness and blessings from their parents and in turn receive money tokens. During this time, Muslims also remember their departed loved ones. They visit the gravesites and sprinkle bunga rampai as a sign of respect and rememberance.
Most Malaysian Muslims practise 'open house' where their friends of other races visit to share the joyous accasion. There will be a lavish spread on the table, full of biscuits, sweets and savouries to be eaten with ketupat and lontong (compressed rice).
Hari Raya Aidilfitri is an event looked forward to by Muslims and non-Muslims alike. It signifies a reunion of families and friends, a renewal of faith and a time for rejoicing.
Labels: knowledge
Saya ada satu lagi buku yang ingin dikongsikan bersama kamu. Bukunya bertajuk "Hampir Kena Tangkap". Buku ini mengisahkan kehidupan seharian budak yang bernama "Adam". Buku ini adalah siri yang kedua dalam buku "Adam Kecil".Sinopsis:
Siri Adam kecil ini mengandungi 7 cerita pendek yang berkisar pada zaman kanak-kanaknya. Dengan tidak semena-mena Zaed mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluarnya dan mencampakkannya kepada Adam. Adam terkejut. Pengawal itu kemudian berhenti mengejar budak itu dan berjalan ke arah Adam. Adam jadi takut! Dia terus cabut lari. Nak tahu lagi?? Beli dan baca sendiri.
Penulis:Ashadi Zain & Fred Suriya
Syarikat:PTS SDN BHD
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hi semua. Hari ini adalah hari yang keempat kita berpuasa pada tahun 2009. Walaupun berpuasa, saya tetap ingin kongsi buku saya kepada kamu semua. Hari ini ada satu lagi buku yang saya nak tunjukkan kepada kamu semua iaitu buku "Terowong Rahsia". Buku ini adalah siri yang pertama dalam buku "Penyiasat Ekstrovert".Sinopsis:
Empat sahabat yang menggelarkan diri mereka sebagai Penyiasat Ekstrovert. Penyiasatan mereka mengenai lembaga misteri, menjurus kepada misteri yang belum pernah terbongkar selama ini dengan penemuan sebuah terowong rahsia. Ikutilah siri PENYIASAT EKSTROVERT yang mencabar dan mendebarkan. Kalau nak tahu lebih lanjut, anda kenalah beli dan baca.
Penulis:Mohamad Kholid Hamzah & Nuriazam Ismail.
Syarikat:PTS ONE SDN BHD
";})();ButtonMouseDown(this);'>";})();ButtonMouseDown(this);'>
";})();ButtonMouseDown(this);'>
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Saya ada satu lagi buku yang ingin saya kongsikan kepada kamu semua. Buku ini bertajuk "Pedang Yamashita". Buku ini sebenarnya ada banyak siri. Buku ini adalah siri yang kelima dalam buku "Penyiasat Ekstrovert". Bagi saya buku ini mempunyai cara-cara untuk menyiasat apa-apa kes. Kepada sesiapa yang ingin jadi penyiasat seperti saya, anda bolehlah beli buku ini.Sinopsis:
Sekumpulan pelajar sekolah rendah terjumpa sebilah pedang dipercayai milik General Yamashita, General yang bertangungjawab menjajah Tanah Melayu ketika perang dunia ke-2. Selepas menyiasat, rupa-rupanya terdapat dua pedang seumpama itu. Situasi lebih menarik apabila ukiran kedua-dua pedang itu memberi petunjuk ke tempat persembunyian harta karun General Yamashita.
Kumpulan pelajar itu bertekad mahu ke tempat pesembunyian harta karun itu tanpa menyedari nyawa mereka dalam bahaya.
Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah beli.
Penulis:Mohamad Kholid Hamzah & Nuriazam Ismail
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hi semua.Sinopsis:
Adam Kecil dan rakan-rakan muncul kembali dengan tujuh cerita menarik. Apa pula aktiviti nakal mereka kali ini, ya?
Tujuh cerita menarik dalam buku ini: - Bijak! Bijak! - Cikgu Murni Tersayang - Sabotaj - Pantang dicabar - Ayuh Memancing! - Panas! Panas! - Dicakar Hantu
Kalau kamu semua nak tahu lagi berkenaan dengan buku ini, kamu bolehlah beli buku ini dan baca sendiri.Penulis:Ashadi Zain & Fred Suriya
Syarikat:PTS SDN BHD
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hi semua, hari ni saya nak kongsi satu buku kepada kamu semua iaitu "Debaran Buku Biru". Sebenarnya saya sudah lama baca buku ini cuma saya terlupa nak letak dalam blog ini. Buku ini ada banyak siri. Buku ini adalah siri yang pertama. Buku ini mengisahkan seorang budak yang bernama "Adam".Sinopsis:
Siri ADAM KECIL ini mengandungi 7 cerita pendek yang berkisar pada zaman kanak-kanak. Setiap cerita yang ada pada buku ini mempunyai pengajaran yang dapat dijadikan tauladan oleh sesiapa saja. Ia sesuai dibaca oleh kanak-kanak. Kalau kamu semua nak tahu lebih lanjut mengenai "Adam", kamu bolehlah beli buku ini dan baca.
Penulis:Ashadi Zain & Fred Suriya
Syarikat: PTS SDN BHD
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Assalamualaikum semua kepada umat islam. Hari ni hari jumaat(21.8.2009) besok pula sudah mula berpuasa pada hari sabtu(22.8.2009). Seronoknya, besok sudah mula puasa! Kepada semua umat islam, saya ucapkan selamat berpuasa. Moga-moga puasa kamu diterima oleh illahi.
Labels: Happy Ramadhan
Hai semua. Sudah lama saya tak kongsi buku cerita dengan kamu. Ini ada satu lagi buku cerita yang ingin dikongsi bersama kamu iaitu "Dua Dunia". Buku ini mengisahkan seorang pelajar tingkatan yang suka berangan.Sinopsis:
"Dunia penulisan sesuatu yang istimewa. Terima kasih kerana membawa saya bersama. Teruskan berkarya." - Amy Mastura
Indahnya hidup ini sekiranya kita dapat apa yang kita impikan. Yazmin hendak buka salun. Tetapi dia minat juga hendak jadi doktor bedah. Jadi saintis pun seronok juga. Ataupun buka 'nursery' di depan rumah. Apa perasaan sekiranya terpilih jadi ratu cantik dunia? Dapat juga berbakti pada anak-anak yatim dan orang kurang upaya. Tentu hebat! Aman dunia! Tiba-tiba ada seorang lelaki kacak yang hadir dalam hidup Yazmin. Dia bukan putera katak cuma guru biasa. Namun, Yazmin bahagia dengan kehadirannya. Yazmin, bila hendak berhenti berangan! Kalau kamu semua nak tahu lebih lanjut mengenai kisah ini, anda kenalah beli buku ini dan baca.
Penulis:Majidah Mat Jusoh
Syarikat:PTS ONE SDN BHD
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu

Hi semua. Saya baru habis baca buku ini pada hari khamis (6.8.2009). Buku ini menarik juga bagi saya.
Sinopsis:
Mengisahkan budak perempuan gemuk bernama Najwa dalam menjalani kehidupan sehariannya di rumah dan di sekolah. Najwa sering menjadi bahan usikan dan ejekan rakan-rakan di sekolahnya. Walaupun sering menjadi ejekan rakan-rakan, Najwa tetap tabah menghadapi dugaan itu.
Selepas mengikuti satu kem motivasi anjuran pelajar-pelajar UIA, Najwa lebih bersemangat dalam segala tindakannya. Dorongan dan nasihat daripada guru kaunseling sekolahnya, membuatkan Najwa lebih yakin dan bersyukur dengan bentuk fizikalnya tanpa menyalahkan takdir. Selain itu, kehadiran seorang pelajar baru bernama Faiz, turut menceriakan hidupnya. Faiz juga menghadiahkan sebuah buku bertajuk Panduan Pemakanan Sihat kepada Najwa pada hari lahirnya. Akhirnya, berkat daripada usaha dan semangat yang kental, Najwa berjaya menurunkan berat badannya secara perlahan-lahan. Najwa kini mempunyai ramai peminat meskipun dahulu menjadi bahan cemuhan rakan-rakan.
Syarikat:PTS ONE SDN BHD
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hi semua, dah lama saya tak kongsi buku cerita dengan kamu. Hari ni, saya nak kongsi satu buku cerita yang saya dah baca iaitu "Lompat Tikam Belalang Goreng". Pada saya buku ini, best juga dan ada part-part yang kelakar. Buku cerita ini mengisahkan hidup seorang budak yang selalu bertanya iaitu "Nadia".Sinopsis:
Nabila seorang kanak-kanak yang suka bertanya. Zaman kanak-kanaknya dihiasi dengan pelbagai pengalaman yang indah dan lucu. Sikap suka bertanya dan rajin mencuba menjadikan Nabila disayangi ramai. Buku ini mengetengahkan kuih-kuih serta permainan tradisional yang sudah hampir pupus ditelan zaman. Ikuti perjalanan hidup Nabila yang lucu dan mencuit hati.
Penulis:Nik Faridah
Syarikat: PTS SDN BHD
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Just as there are multiple types of volcanoes, there are three types of lava. Silicic lava you should be able to figure out. Have you ever heard of the element silicon? Silicon is the main component of silicic lava. It's 70 percent silicon dioxide compounds. That type of lava has formed most of the continents. The second type is mafic lava. It has the least amount of silicon dioxide compounds, less than 50 percent. It has a lot of iron and manganese compounds to make up the difference. It makes up most of the rock at the bottom of the ocean.
Last, but not least, is intermediate lava. It's in the middle in more ways than one. It has percentages of silicon substances in between silicic and mafic lava types. It is also the type of rock that makes up the edges of the continents (between the ocean floors and main continental plates). It's like the middle kid in the family. If you want to know more plese click at http://www.geography4kids.com/files/earth_volcano.html.
Labels: knowledge











