Follow // Dashboard
What Makes You Beautiful
BUKU CERITA-PERANG RUMAH SUKAN
Thursday, May 13, 2010 • 2:46 PM • 0 comments

Hai kawan2!! Hari ini saya nak kongsi satu buku cerita yang saya sudah baca dan beli... Bukunya bertajuk " Perang Rumah Sukan". Kalau anda nak tahu, buku ini ditulis oleh penulis yang saya minati. Iaitu " Kak Ain Maisarah". Saya pasti bahawa anda semua mesti kenal penulis yang terkenal ni...:)

Sinopsis:

Fahrin memandang siling biliknya. Keluhan dilepaskan tetapi tidak membantu melegakan dada. Fikirannya kembali teringat realiti pahit tidak terduga. Rengusan Fahrin kedengaran buat kali ke-22. “Rumah Merah sepatutnya menguasai Sri Bangsar!” Kata-kata itu berulang-ulang dalam kepala. Hingga membuatkan Fahrin menjerit melepaskan kegeramannya. “ARGHHHHHH! MALUNYA!” Kemarahan dan kekecewaan tidak mampu dileraikan. Dia perlu menebus maruah dirinya sebagai kapten rumah Merah! “Aku mesti buktikan, aku kapten rumah Merah yang paling hebat antara semua!” “Aku mesti pastikan rumah Merah jadi juara!”



Isi Kandungan:

eputusan ranking semasa rumah sukan Sekolah Sri Bangsar sudah diketahui! Ianya membuatkan empat kapten makin berlumba-lumba mengejar kejuaraan. Sengit sungguh pertarungan terakhir merebut RM25,000 yang berlangsung di stadium itu. Namun tiada siapa menyangka, satu kejutan besar berlaku. Hingga membuatkan semua empat kapten terduduk dan tidak bangun-bangun lagi! Betty pula bertindak sebagai Superwoman. Cuba menyelamatkan keadaan dan perbuatan sabotaj yang berleluasa sekali. Namun tanpa sedar, tindakannya menjerat diri. Apakah nasib Betty? Siapa pula juara sukan tahun ini? Kalau anda semua mahu tahu.... Bolehlah anda beli buku ini dikedai yang berdekatan.


Salam Sayang

Nur Sabrina

Labels:


xoxo, Mrs. Zayn Malik





One Direction - One Thing♥

Tweet Tweet <3