Follow // Dashboard
What Makes You Beautiful
CUTI SEKOLAH MENJELMA LAGI!!
Wednesday, June 9, 2010 • 12:05 PM • 0 comments

Hai kawan-kawan semua!! Akhirnya saat-saat yang ditunggu, datang juga... Yay!! Cuti sekolah datang lagi! Tentu kawan-kawan semua tak sabar untuk menunggu kedatangan cuti sekolah ini... Bestnya apabila saya mendapat tahu yang sekolah saya dan yang lain-lain akan bercuti selama 2 minggu berturut-turut. Saya pasti, anda semua mesti berasa seronok kan?? Yelah, siapa yang tak seronokkan bila dengar pengumuman untuk bercuti... Kalau kamu semua nak tahu, saya suka sangat apabila bercuti ni... Kerana, saya taklah perlu memerah otak untuk buat kerja rumah yang dibagi oleh cikgu atau semasa berada di dalam kelas... Yelah, masa sesi belajar tu, ada sesetengah guru yang suka berceramah kat depan kelas. Fuh! Penat saya nak mendengarnya. Ada juga sekali tu, saya boleh terlentok di dalam kelas semasa cikgu saya tengah berceramah tentang pelajaran... Wakakaka. Nasib baik kawan-kawan saya tak nampak yang saya sedang tidur. Kalau mereka nampak, alamatnya, malulah saya... Hahahaaha... Oklah. Cukuplah setakat ni saya bercerita.. bye!! assalamualaikum semua:)

xoxo, Mrs. Zayn Malik





One Direction - One Thing♥

Tweet Tweet <3