
Selamat berjumpa kembali, satu lagi buku cerita yang sudahpun saya habis baca. Bestt...

Sinopsis:
Benarkah kata pepatah "Air dicincang tak akan putus?" Benar, kata-kata ini tidak pernah salah.
Kebenarannya terserlah dalam kemesraan perhubungan Angah dan Along, dua beradik yang sudah kematian ayah.
Namun, kenapa Angah tiba-tiba berubah menjadi amat benci dan meluat dengan Along. Salahkah Along kalau kebaikannya disukai semua orang?
Apakah sebab sebenar Angah menjadi begitu? Adakah semata-mata kerana cemburu? Atau adakah disebabkan oeh seorang kawan lelaki sekampungnya. iaitu Matmi? Atau disebabkan apa...
Namun, segala-galanya berubah apabila terjadinya sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka oleh Angah. Berbaloikah harga sebuah keinsafan dengan apa yang telah berlaku itu?
Pengarang:Aqmaer halim
Harga: RM 10.9o
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu