 Hai semua. Hari ini saya nak kongsi lagi satu buku yang saya baru habis baca pada hari Selasa(15.9.2009). Buku ini sangat best dan menarik untuk dibaca. Buku ini mengisahkan seorang budak tahun lima bernama "Alia".
Hai semua. Hari ini saya nak kongsi lagi satu buku yang saya baru habis baca pada hari Selasa(15.9.2009). Buku ini sangat best dan menarik untuk dibaca. Buku ini mengisahkan seorang budak tahun lima bernama "Alia".Sinopsis:
Persahabatan yang baru terjalin di antara Rifqi dan Alia telah mengundang rasa bimbang dalam hati Dalila dan rakan-rakan. Rifqi, murid baru itu harus diselamatkan sebelum terlambat. Jika dibiarkan pasti Rifqi akan menerima padah kerana berkawan dengan Alia, murid yang disisihkan itu. Lalu, rancangan pun diatur oleh Dalila dan rakan-rakan. Rifqi harus diberitahu tentang rahsia Alia. Kanak-kanak itu sebenarnya bukan manusia biasa
Kehadiran Rifqi menceriakan hari-hari Alia yang selama ini kelam. Saat melangkah ke sekolah, semangatnya berkobar-kobar kerana dia sudah punya kawan yang baik. Erti sebuah persahabatan mula diselami dan dihayati. Namun kegembiraan Alia hanya seketika. Rifqi tiba-tiba menjauhkan diri darinya tanpa diketahui kenapa…
Kalau nak tahu sebab apa? Anda kenalah beli dan baca sahaja ok??
Penulis:Izz Danea
Syarikat:Karnadya
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu


