Salam Untuk Semua,
Cuti sekolah datang lagi… Apa nak buat? Ke mana nak pergi?
Hemmm...rasanya masih belum terlambat untuk saya kongsikan informasi aktiviti-aktiviti berikut untuk faedah bersama. Jika anda semua tiada apa2 perancangan, elok benar lah untuk anda menyertainya.
1. PROGRAM INTENSIF AL-QURAAN MUSIM CUTI 2009.
2. KEM Motivasi & Bina Kecemerlangan Diri
Tarikh : 5/12 - 7/12/2009
Tempat : Kem An-Naim, Hulu Langat, Selangor
Peserta : Pelajar Sekolah Berumur 11 - 16 tahun
Bayaran Penyertaan : RM200.00 / seorang
Penginapan : Dorm / Chalet
Makanan & minuman : 6x sehari / Barbeku
Lain-lain : Bahan kursus / sijil / DVD program
* Setiap peserta dilindungi insuran kemalangan diri
** Aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan umur peserta serta tidak merbahaya samada kepada mental ataupun fizikal mereka.
*** Jurulatih akan senantiasa memastikan aspek keselamatan peserta senantiasa dititikberatkan.
3. KEM MOTIVASI PERKASA.
Perkasakan iman, intelek dan imej anak-anak kita.
Rasai kelainannya… Bersama trainer dan fasilitator berpengalaman. Merealisasikan impian anda melahirkan generasi Soleh dan Solehah.
Yuran Penyertaan : RM200/seorang, sijil penyertaan akan di berikan, makan & minum serta penginapan selesa.
Sek. Rendah :
Tarikh : 23 – 25 Nov 2009
Tempat : Nur Laman Bestari Ulu Yam
Tarikh : 6 – 8 Dec 2009
Tempat : Nur Bukit Unggul Eco-Resort Sepang
Sek. Menengah :Tarikh : 1 – 3 Dec 2009
Tempat : Nur Laman Bestari Ulu Yam
Tarikh : 11 – 13 Dec 2009
Tempat : Nur Bukit Unggul Eco-Resort Sepang.
Labels: Aktiviti/Program Musim Cuti Sekolah, Kem Motivasi