Bacakan Saya Satu Cerita
Thursday, February 25, 2010 • 10:37 AM • 0 comments

Bacakan Saya Satu Cerita
Ianya merupakan kompilasi 162 cerita kanak-kanak yang ditulis oleh sekumpulan penulis tempatan yang kreatif. Buku ini mengandungi pelbagai kisah yang menarik dan menghiburkan untuk kanak-kanak yang merangkumi kisah-kisah nasihat dan tauladan, pantun seloka, fiksyen dan sains, dongeng kreatif dan pelbagai kisah lagi digarap khusus untuk anak-anak yang sedang membesar.
Kepelbagaian pendekatan penceritaan yang diolah di dalam buku ini dan ilustrasi berwarna yang menarik yang menghiasi setiap cerita pastinya akan mencetuskan minat kanak-kanak kepada cerita dan buku khususnya. Buku ini sangat sesuai digunakan oleh para ibu bapa dalam menanamkan minat anak-anak kepada buku melalui sessi bercerita sebelum tidur atau pada masa-masa terluang. Juga buku yang sangat baik buat para pendidik dalam menjalankan sessi bercerita dengan anak-anak murid.
Antara Kisah-Kisah Menarik:
* Tangisan Sebiji Nasi
* Kelebihan Makan Ikan daripada Ayam
* Cuk Cuk Pin
* Kerana Gula-Gula Gigi Binasa
* Mengapa Umi Susukan Adik?
* Sketsa Allah Sayangkan Kita
* Tepuk Amai-Amai
Keistimewaan Buku:
* Dilengkapi dengan Panduan Ibu Bapa agar sessi penceritaan menjadi lebih menarik dan berkesan
* Mengandungi pelbagai topik dan cerita agar kanak-kanak tidak lekas bosan
* Berkulit Keras dan Bersaiz Besar
* Setiap cerita dihiasi ilustrasi berwarna yang menarik
* Sesuai untuk pelbagai peringkat umur kanak-kanak
Pada masa ini stok bagi buku "Bacakan Saya Satu Cerita" ini kuantitinya agak terhad. Oleh itu buat rakan-rakan yang dah lama sangat menantikannya... sila buat tempahan segera. Jika tidak... mengkin kena tunggu lagi la untuk stok yang akan datang.
Tempahan boleh dibuat terus di sini.
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
xoxo, Mrs. Zayn Malik
One Direction - One Thing♥
Tweet Tweet <3