STORY BOOK-IMPIANA
Thursday, May 13, 2010 • 3:38 PM • 0 comments

Sinopsis:
Sepuluh tahun yang lalu, tercatat kisah remaja Sri Bangsar. The Wannababesdinobat sebagai kumpulan paling popular. Turut berlagak sombong, atlet kacak si "Fahrin". Hidup pelajar-pelajar popular ini serba sempurna. Mereka bertindak sesuka hati, berlesen membuli pelajar biasa. Dalam ramai-ramai, seorang pelajar gemuk sudah terkena. Mimi Monira digelar "Badak Air". Dia dibuli dengan kejam.
Kini... Sepuluh tahun menginjak pergi. Warga Sri Bangsar bertemu kembali dalam majlis alumni. Fahrin sudah hilang sombongnya. The Wannababes memudar kesempurnaanya. Mimi Monira pula?? Lemak degil sudah hilang. Kini kurus bergaya!! Transformasi itu buat semua tertanya-tanya
Mimi Monira dengan senang hati menghulur kad "Impiana Sdn. Bhd". Syarikat yang mampu merealisasikan semua impian dalam masa tiga bulan. The Wannababes teruja mencuba. Fahrin juga mahu melihat sendiri keberkesanannya. Tanpa sedar, mereka terjerumus dalam perangkap impiana yang tinggi harganya!!
Salam Sayang,
Nur Sabrina
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
xoxo, Mrs. Zayn Malik
One Direction - One Thing♥
Tweet Tweet <3