Hai semua. Hari ini saya nak kongsi satu buku yang saya beli di kedai buku. Saya rasa, pekerja di kedai buku itu tersalah letak buku kot kerana buku ini adalah untuk orang dewasa, bukannya untuk para remaja. Saya baca buku ini, pun sikit-sikit kerana saya tak faham sangat apa yang diceritanya. Sebenarnya ianya ada unsur-unsur seperti menutup aurat.Syarikat:PTS ONE SDN BHD
Penulis:Bambang Q. Aness
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hi semua. Nampaknya hari ini saya ada dua buku yang saya kongsikan kepada kamu semua. Buku ini juga dibeli di "Popular Bookstore" at "Jusco Puchong". Pada pendapat saya, buku ini amat best untuk dibaca. Ia berkaitan dengan dua beradik kembar yang bernama "Alisa" si kakak dan "Alina" si adik. Ikutilah separuh daripada kisah di dalam buku ini.Sinopsis:
Kisah si kembar, Alisa dan Alina yang selalu bergaduh. Mereka adalah kembar seiras tetapi mempunyai perangai serta minat yang berbeza. Alisa sebagai kakak tidak pernah beralah apabila mereka bergaduh. Pelbagai perkara yang mereka lalui, tetapi tidak ada satu pun yang menyedarkan mereka. Mereka selalu berlumba bagi mendapat tempat pertama. Tetapi salah seorang daripada mereka sentiasa kalah. Siapa yang selalu kalah? Alisa ataupun Alina?
Kalau nak tahu lagi, jomlah beli di kedai buku yang berdekatan.
Penulis:Natasha Eppyzal
Syarikat:PTS ONE SDN BHD
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hai semua. Hari ini saya nak kongsi buku yang saya sudah baca. Tajuk bukunya berjudul "Satu Anugerah". Buku ini saya beli bersama adik-adik dan bapa saya di "Popular Bookstore" di "Jusco" Puchong. Saya amat kagum dengan penulis yang mebulis buku ini kerana bukan saya sahaja yang baca buku ini malah adik saya dan juga mama saya pun turut baca juga.Sinopsis:
Sukarnya menjadi anak terbuang, sering dikata dan difitnah. Siapakah kedua ibu bapa kandungnya yang sebenar? Adam bertanya pada dirinya sendiri.
Tiada siapa yang menduga, tiada siapa yang boleh meramalkannya. Setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya.
Adakah benar dia seorang anak yang tidak sah taraf? Ah... betapa payahnya menerima kenyataan ini. Namun dia tetap bersyukur kerana masih ada insan yang sudi memberi kasih sayang kepadanya. Adam terhutang budi kepada kedua insan tersebut. Dia bertekad untuk membalas jasa mereka tapi sempatkah dia menyempurnakan hasratnya itu?
Siapakah diri Adam yang sebenarnya?
Penulis:Syima Syawal
Syarikat:KarnaDyaLabels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hai semua, sebelum raya pada Ahad ini iaitu pada 20.9.2009, saya nak kongsi satu buku yang saya sudah habis baca iaitu buku "Hai Kitti". Buku Hi Kitti ini saya sangat suka kerana kalau kamu semua tengok muka depan ini pun saya dah tahu bahawa cerita di dalam ini mengandungi cerita yang sangat best.Sinopsis:
FATIHAH seorang kanak-kanak cerdik dan periang telah berubah menjadi nakal, tidak mendengar kata dan suka memberontak. Ini sebagai tanda protes kerana tidak bersetuju dengan perkahwinan mamanya. Dia sangat membenci Cikgu Helmi yang menjadi papa tirinya dan juga anak lelakinya, Aiman. Bagi Fatihah, mereka berdua telah merampas kasih sayang mama daripadanya.
Namun kehadiran Kitti yang ditemui secara tidak sengaja telah mengubah sikap dan juga pendirian Fatihah. Dia mula dapat menerima Aiman dan juga Cikgu Helmi di dalam hidupnya. Dalam tidak sedar, Kitti banyak menyedarkan Fatihah tentang kasih sayang sesama insan. Malah Kitti jugalah yang menjadi sumber inspirasi Fatihah untuk lebih maju dalam pelajaran.
Kitti... kucing comel yang sangat istimewa. Tapi sayang, kehadirannya tidak disenangi oleh mama. Lalu apakah yang harus Fatihah lakukan? Bagaimana dengan nasib Kitti selepas itu? Untuk mengetahui kisah seterusnya... jangan lupa baca "HAI KITTI"ok?
Penulis:Nanie Safwan
Syarikat:KarnaDya
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hai semua. Hari ini saya nak kongsi lagi satu buku yang baru sahaja saya beli pada hari Ahad(11.9.2009). Buku ini sangat menarik untuk dibaca.Sinopsis:
Kisah bermula apabila Diana bersama seisi keluarga pulang bercuti ke kampung. Anak jiran neneknya, Kak Wani menghasilkan kerja tangan halus seperti membuat gelang manik, kristal dan sebagainya. Setiap hari berulang alik ke rumah Kak Wani mencetuskan minat Diana.
Bermula dengan membantu menyusun manik-manik dan gelang-gelang dan memerhati apa yang dilakukan oleh Kak Wani akhirnya dia pandai menyulamnya menjadi seutas gelang.Hasil pemerhatiannya kepada kerja tangan Kak Wani yang cekap dan bijak memadankan jenis-jenis kristal bersama jenis batu-batu yang berbeza, akhirnya Diana dapat menguasainya dengan baik.
Pulang dari bercuti, Diana membeli sejumlah batu-batu kristal dan beberapa jenis batu lain. Kak Wani menjual dengan harga istimewa memandangkan dia mahu menyulam dan menghadiahkannya kepada ibunya dan Makcik Hana.
Ibu Diana, Puan Aminah memakai gelang kristal ke pejabat dan ia menarik perhatian rakan-rakan sekerjanya. Beberapa orang rakannya mula membuat tempahan.
Ayah Diana, Encik Rasul pula sudi mendahulukan modal tetapi dengan syarat kerja membuat gelang itu dibuat pada hujung minggu sahaja. Alasannya dia tidak mahu Diana mula keliru apa keutamaannya sekarang.
Hobi Diana mula memberi pulangan lumayan. Bukan sahaja rakan-rakan ibunya membuat tempahan malah ia terus tersebar dari satu bahagian pejabat hingga ke bahagian pejabat yang lain. Akhirnya Diana mampu mempamerkan koleksi yang disiapkannya dan membuat jualan terus tanpa menunggu tempahan lagi. Dalam tempoh yang singkat, dia berjaya membayar balik modal yang dipinjamkan oleh ayahnya. Kalau kamu nak yahu lagi, kamu bolehlah beli dan baca ok??
Penulis:Ezee Rahmani
Syarikat:PTS ONE SDN BHD
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hai semua. Hari ini saya nak kongsi lagi satu buku yang saya baru habis baca pada hari Selasa(15.9.2009). Buku ini sangat best dan menarik untuk dibaca. Buku ini mengisahkan seorang budak tahun lima bernama "Alia".Sinopsis:
Persahabatan yang baru terjalin di antara Rifqi dan Alia telah mengundang rasa bimbang dalam hati Dalila dan rakan-rakan. Rifqi, murid baru itu harus diselamatkan sebelum terlambat. Jika dibiarkan pasti Rifqi akan menerima padah kerana berkawan dengan Alia, murid yang disisihkan itu. Lalu, rancangan pun diatur oleh Dalila dan rakan-rakan. Rifqi harus diberitahu tentang rahsia Alia. Kanak-kanak itu sebenarnya bukan manusia biasa
Kehadiran Rifqi menceriakan hari-hari Alia yang selama ini kelam. Saat melangkah ke sekolah, semangatnya berkobar-kobar kerana dia sudah punya kawan yang baik. Erti sebuah persahabatan mula diselami dan dihayati. Namun kegembiraan Alia hanya seketika. Rifqi tiba-tiba menjauhkan diri darinya tanpa diketahui kenapa…
Kalau nak tahu sebab apa? Anda kenalah beli dan baca sahaja ok??
Penulis:Izz Danea
Syarikat:Karnadya
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hai semua.
Labels: perayaan
Hari Raya Puasa merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan di mana umat Islam akan berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Hari Raya Puasa bermula apabila anak bulan kelihatan, menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh dalam kalender Hijrah Islam. Anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik di Malaysia.
Perayaan Hari Raya Puasa juga merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila sembahyang sunat Aidil Fitri dimulakan.
Perayaan Hari Raya Puasa bermula sebaik sahaja anak bulan disahkan kelihatan oleh pemegang Mohor Besar Diraja, dimana takbir akan bergema di masjid-masjid menandakan mulanya perayaan Hari Raya Puasa. Pada keesokkan harinya, pada awal sebelah pagi, sesetengah orang akan pergi membersihkan perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka dirahmati Allah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Sembahyang sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat pula akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak lewat sedikit berbanding Hari Raya Korban. Kita disunatkan untuk makan sedikit sebelum menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri. Selain itu kita disunatkan juga untuk pergi dan balik daripada mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri melalui jalan yang berlainan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu, mereka yang muda akan memohon kemaafan daripada mereka yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara sesama mereka.
Pada hari raya, Aidil Fitri, kita disuruh agar membantu mereka yang dari golongan fakir miskin. Mereka yang malang ini jangan dilupakan dan hendaklan diraikan dan diberi bantuan sekadar yang mampu.
Pada zaman nabi, perayaan Hari raya Aidil Fitri hanya disambut selama 1 hari sahaja, berbanding dengan perayaan hari raya Aidil Adha yang disambut selama tiga hari.
Selepas meraikan hari raya Aidil fitri, orang Islam juga disunatkan untuk berpuasa enam hari atau 'puasa enam'. Puasa enam boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang-seli tetapi mesti dihabiskan di dalam bulan Syawal. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W.
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diikuti puasa itu dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan nilai puasa satu tahun (penuh)."
(Riwayat Muslim.)

Hi semua. Hari ini saya nak kongsi satu buku kepada anda semua. Bukunya bertajuk "Abang, Adik & Kasut". Buku ini mengandungi kisah dua adik beradik yang hidup kesusahan. Bagi saya, buku ini mengajar kita semua bahawa miskin bukanlah penghalang untuk kita mencapai kejayaan.Sinopsis:
Kisah dua adik-beradik yang terpaksa berkongsi kasut sekolah kerana kesusahan hidup.
Penulis:Ezee Rahmani
Syarikat:PTS ONE SDN BHD
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hai semua. Hari ini saya ada berita gembira
Labels: MY FAMILY
Saya ada satu lagi buku yang ingin saya kongsikan bersama kamu semua iaitu buku "Abdullah Budak Kampung". Buku ini ada di dalam senarai buku " PTS ONE SDN BHD". Maknanya, buku ini pun adalah buku "PTS ONE" juga. Buku ini banyak memberi ilmu pengetahuan kepada kita, iainya sesuai dibaca oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Buku ini adalah buku komik.Sinopsis:
Komik ini mengisahkan Abdullah seorang budak kampung yang berhijrah ke bandar.
Abdullah seorang budak yang pintar dan kelakar. Walaupun dia baru datang dari kampung tetapi dia pandai menyesuaikan diri dengan kawan-kawannya di bandar. Banyak kisah-kisah menarik yang terdapat dalam komik ini yang dapat membuat adik-adik terhibur.
Syarikat:PTS ONE SDN BHD
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu
Hi semua. Hari ini saya ada satu buku lagi untuk anda semua. Tajuk bukunya adalah "Impian Bintang". Buku ini mengisahkan seorang pelajar kolej yang ingin menjadi bintang.Sinopsis:
Mengisahkan seorang pelajar lelaki bernama Zafrul yang ingin mencapai impiannya menjadi penyanyi. Pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi oleh Zafrul bagi mencapai impiannya.
Walaupun pada mulanya Zafrul tidak mengabaikan pelajarannya, namun selepas mendapat tawaran menyanyi di luar kampus, dia mula lalai dengan komitmennya sebagai pelajar. Semua aktiviti nyanyiannya dirahsiakan daripada kedua ibu bapanya. Zafrul mula insaf selepas ditipu oleh sebuah syarikat rakaman. Sejak itu, dia mula tekad bagi mencapai impian kedua ibu bapanya untuk terus berjaya dalam pelajaran.
Penulis:Firaz Firana
Syarikat:PTS ONE SDN BHD
Labels: Buku Cerita Bahasa Melayu









