Follow // Dashboard
What Makes You Beautiful
ANAK MERDEKA
Monday, September 7, 2009 • 11:00 AM • 0 comments

Hai semua. Hari ini saya ada berita gembirasenyum untuk anda semua. Beritanya adalah berkenaan "Mama Saya". Mama saya telah melahirkan seorang bayi. Cuba anda semua teka, perempuan atau lelaki bayi yang dilahirkan itu. Jawapannya adalah Bayi Perempuanwomen. Tetapi, ada lagi berita yang menggemparkan celebratesaya kerana bayi dilahirkan pada 31 OGOS tahun 2009 pada pukul 9.15 pagi. Bayi itu adalah anak merdeka kerana dilahirkan pada hari isnis iaitu 31 ogos 2009. Saya sangat gembiramenari kerana sekarang saya sudah mempunyai adik merdeka. Tentu kamu semua nak tahu namanya siapakansoal? Namanya adalah Nur Syahirah Amili Binti Zol Kahar. Cantik tak nama itusoal? Nama maksud Nur adalah cahaya, Shahirah adalah termasyur atau terkenal manakala Amili pula adalah yang hanya melakukan perkara-perkara yang baik sahaja.
rosrosros

Labels:


xoxo, Mrs. Zayn Malik
PENGORBANAN IBU TIADA TANDINGANNYA.....
Sunday, July 26, 2009 • 4:49 PM • 0 comments

Hi semua.babai
Hari ni saya nak cerita pasal mamaku yang sedang sarat mengandungkan baby dalam perut ibuku. Bulan ini iaitu bulan tujuh, kandungan dalam perut ibuku pun sudah berat dan sekarang ibuku mengandung 7 bulan ++.

Lilypie

Walaupun ibuku sekarang sedang sarat mengandung, tetapi ibuku tetap menjalankan bisnessnya untuk mendapatkan duit. Pada tahun lepas, iaitu pada bulan puasa, ada orang ingin memesan hamper untuk hari raya. Pada bulan puasa itu jugalah, saya lihat ibuku bekerja keras untuk mendapatkan duit dan sanggup buat hamper itu walaupun jam sudah menunjukkan pukul 4:00 pagi. Hanya allah saja yang tahu betapa penatnya
penat ibu kita nak memelihara kita, jaga kita dari kecil hinggalah ke besar, bersusah payah cari rezeki untuk kita dan juga suapkan makanan untuk kita. Kadangkala, saya rasa kesian melihat ibuku. Walaupun penat balik dari kerja, tapi ibu kita tetap melayan kerenah kita. Itulah pengorbanan ibu terhadap anak. Pengorbanan ibu adalah suatu yang tak dapat dinilairos. Oleh itu, kita sebagai anak kepada ibu, haruslah menjadi anak yang baik di pandangan ibu kita. Janganlah kita mengecewakannya.

I LOVE YOU MOTHER...lovelove

Labels:


xoxo, Mrs. Zayn Malik





One Direction - One Thing♥

Tweet Tweet <3